Sunday 5 January 2014

New Year New life

Assalamualaikum humans & aliens



dah lamanya tak tulis dalam blog ni.. macam tak ada masa lansung.. last update pun masa october. lama kann !
Masih tak terlambat kan  nak cakap Happy New Year even though aku tak lah sambut new year. Akhirnya aku dah berjaya tamatkan pembelajarann aku di tingkatan enam. sekarang aku bekerja full time sebagai account assistant. agak susah pada mulanya tapi biasa lah kan baru belajar nak kenal dunia. sekarang baru jeh masuk sebulan start keje dekat kilang tuhh.. aku happy keje dekat kilang tuh walupun aku selalu kena marah. Tapo itu lah gunanya belajar dan mengajar kan.. selesa kerje dekat situ.. cuma aku selalu gaduh dengan akak sebelah meja aku tu pasal aircon sebab dia selalu pasang aircon slow.. aku pulak suka sejuk-sejuk..haha memang itu lah kerja tiap hari... cuma satu tuh jelah... kilang aku tak ada surau.. so agak susah nak sembahyang.. hmmm haa lagi satu Qurot pun keje satu tempat dengan aku tapi dia bahagian customer service. kerja dia lagi susah dari kerje aku sebab dia kena banyak bergerak.. hmm aku tak rasa apa pun dia kerje sama-sama dengan dia.

Masa lunch pun aku tak rajin sangat nak makan sebab aku tengah on diet nak kecikkan badan..
macam-macam aku makan nak kurus.. waktu pagi sebelum pergi kerje aku amik figure up, then dekat office aku minum slimming coffee lepas lunch makan shaklee. kalau tak kurus jugak aku tak tahu laa..
adik aku , Qaseh sekarang dia darjah satu.. tiap hari aku lah jadi mak dia siapkan baju and beg dia..
check homework dia... it's fun .

time ni kerja ni aku rasa pemikiran aku dah makin matang. sebelum ni aku fikir nak keje nak shopping and beli barang yang aku nak and travel mana-2 yang aku suka.. tapi lepas dah kerja.. aku tak fikir pun semua tuh.. aku fikir nak balas jasa mak aku jeh...nak beli benda yang patut dibeli and most of all..simpan duit untuk mak aku naikkan rumah dia nd jadikan banglo dua tingkat.. InshaAllah..
 okaylah... banyak kerje ni.. ni pun curik-curik update blog sebab aku banyak keje.. xoxo this girl 

p/s : aku dah nak masuk 2 series . haha



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi